Kerja-kerja kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan di LRA Sungai Rasa sudah selesai awal pagi tadi. Foto FB Air Selangor

KUALA LUMPUR – Bekalan air di 188 kawasan di Hulu Selangor mula disalurkan kepada para pengguna bermula jam 8 pagi tadi tadi secara berperingkat-peringkat apabila sistem agihan bekalan air telah distabilkan.

Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) berkata, kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di Loji Rawatan Air Sungai Rasa telah siap dilaksanakan pada jam 5.30 pagi tadi.

Kelewatan ini adalah disebabkan oleh isu-isu teknikal di tapak kerja, kata Air Selangor.

Bekalan air kini dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 8 pagi esok.

Air Selangor memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dialami oleh pihak pengguna dan akan berusaha bagi memastikan proses pemulihan bekalan di 188 kawasan yang terjejas berjalan dengan lancar.

Katanya, Air Selangor akan terus menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast