Foto: FB Gotabaya Rajapaksa

COLOMBO – Presiden Sri Lanka yang digulingkan, Gotabaya Rajapaksa, dijangka tiba di Thailand esok untuk mencari perlindungan sementara selepas melarikan diri dari negara bulan lalu.

Rajapaksa melarikan diri selepas berlaku protes besar-besaran ke atas pentadbirannya dicetuskan oleh krisis ekonomi terburuk dalam tempoh tujuh dekad selepas beribu-ribu penunjuk perasaan menyerbu kediaman dan pejabat presiden.

Pesara pegawai tentera itu kemudian meletak jawatan presiden – menjadi beliau Presiden Sri Lanka pertama yang berhenti pertengahan penggal.

Rajapaksa dijangka meninggalkan Singapura dan ke Bangkok pada Khamis, menurut sumber.

Setakat ini tiada sebarang kenyataan dari Kementerian Luar Sri Lanka manakala jurucakap Kerajaan Thailand, Ratchada Thanadirek pula berkata “tiada komen”.

Rajapaksa tidak membuat sebarang penampilan atau komen umum sejak meninggalkan Sri Lanka.

Kerajaan Singapura sebelum ini berkata, negara itu tidak memberi sebarang keistimewaan atau kekebalan kepada Rajapaksa. – Reuters

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast