Petugas Kesihatan mengendalikan seorang jenazah pesakit Covid-19 untuk dikebumikan berikutan kes harian di Malaysia semakin meningkat dengan gelombang varian Omicron ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 17 FEBRUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Kes kematian Covid-19 semalam melonjak sebanyak 12 kes termasuk tiga kes berlaku di luar fasiliti hospital.

Jumlah tersebut menjadikan kes kematian akibat pandemik itu bertambah kepada 36,044.

Manakala kes jangkitan pula sebanyak 3,083 dalam tempoh sama berbanding 2,863 kelmarin.

Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes 4,676,518.

Kes aktif yang dilaporkan data COVIDNOW sebanyak 42,717.

Daripada jumlah itu, 1,578 atau 3.7 peratus ditempatkan di hospital dengan 62 kes di unit rawatan rapi.

Ini termasuk 35 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette