KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 84 warga asing  dalam dua serbuan di ibu negara pada Sabtu lalu.

Dalam serbuan pertama, pihak berkuasa itu menyerbu sebuah premis di Bukit Bintang yang menganjurkan parti persendirian dan menahan 25 orang membabitkan petugas majlis, artis persembahan, pelayan dan tetamu atas beberapa kesalahan antaranya tiada dokumen yang sah, pas tamat tempoh dan salah guna pas lawatan.

Pada serbuan kedua di penempatan warga asing yang menggunakan kontena di Brickfields, JIM menahan 59 warga asing kerana tinggal lebih masa, tiada dokumen atau pas yang sah serta peserta Program Rekalibrasi PATI yang ditolak.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, operasi itu dijalankan berdasarkan maklumat dan aduan orang awam yang gusar akan kegiatan mencurigakan melibatkan warga asing.

Sebilangan warga Afrika termasuk pelajar yang ditahan dalam private parti di sebuah premis di Bukit Bintang diserbu Jabatan Imigresen.gambar Ihsan JIM

Menurutnya, semasa pemeriksaan dilakukan di premis yang menganjurkan parti persendirian itu, berlaku provokasi dan cubaan melarikan diri oleh warga Afrika melalui pintu belakang namun keadaan dapat dikawal dan pemeriksaan terhadap 171 individu yang majoritinya dari Afrika berjalan lancar.

Tambah beliau,  siastan mendapati setiap tetamu dikenakan yuran masuk sebanyak RM150 secara atas talian dan lokasi parti dimaklumkan pada hari terakhir bagi mengelak kegiatan itu dikesan pihak berkuasa.

Warga Afrika berparti private di Bukit Bintang diberkas dalam serbuan operasi Imigresen.gambar Ihsan JIM

Tambah beliau,  siastan mendapati setiap tetamu dikenakan yuran masuk sebanyak RM150 secara atas talian dan lokasi parti dimaklumkan pada hari terakhir bagi mengelak kegiatan itu dikesan pihak berkuasa.

Parti persendirian membabitkan warga Afrika ini menghidangkan minuman keras dan persembahan yang menjolok mata dan rata-rata artis yang membuat persembahan dan tetamu terdiri daripada warga asing dan ramai dalam kalangan mereka memegang pas pelajar asing,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Khairul Dzaimee memberitahu, dalam serbuan ke atas penempatan warga asing di Brickfields, terdapat individu yang cuba melarikan diri setelah kawasan itu dikepung anggota JIM.

Sejumlah PATI yang dicekup di penempatan kontena di Brickfields oleh JIM.foto Ihsan JIM

Katanya, dalam operasi itu seramai 294 orang yang terdiri daripada warga Bangladesh, Indonesia, Myanmar, Pakistan dan Nepal diperiksa.

Tambah beliau, mereka berusia antara 20 hingga 50 tahun yang ditahan dalam dua serbuan itu dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut dan kes disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan  Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Sejumlah PATI yang diberkas di Penempatan Kontena di Brickfields dalam operasi oleh JIM. Foto Ihsan JIM

“Selain tahanan warga asing ini, beberapa orang warganegara tempatan termasuk penganjur majlis dan majikan turut dikenakan notis untuk hadir memberi keterangan.

“JIM mengharapkan orang ramai terus bekerjasama menyalurkan maklumat tentang keberadaan dan aktiviti warga asing yang mengganggu ketenteraman awam dan melanggar undang-undang Malaysia untuk membanteras keberadaan PATI di negara ini,” kata beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast