Model kapal tempur pesisir (LCS).

KUALA LUMPUR – Bekas Panglima Tentera Laut Ke-16 hari ini menegaskan pelancaran Kapal Tempur Pesisir (LCS) di Lumut pada tahun 2017 adalah kapal LCS 1 sebenar yang sedang dalam proses pembinaan.

Jadi, tuduhan kononnya pelancaran itu dilaksanakan untuk tipu dan kelirukan orang ramai adalah tidak benar.

Ia bukan dummy, tegas Tan Sri Panglima Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Menurut beliau, perkara ini telah dijelaskan semasa sesi bersama Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara,

“Jadi janganlah ada pihak sengaja menimbulkan isu demi kepentingan sendiri sehingga sanggup kelirukan orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan di sini selepas timbul persoalan tentang di mana kapal, kenapa lancar kalau masih tak siap.

Persoalan itu timbul selepas visual pelancaran LCS di Lumut pada 2017 menjadi perhatian ramai sejak akhir-akhirnya.

Oleh itu, Ahmad Kamarulzaman berkata, beliau terpanggil membetulkan persepsi negatif itu bagi melindungi maruah dan nama baik TLDM orang awam tidak terus keliru akibat kenyataan sesetengah pihak yang bersifat populis dan politiking.

Menurutnya, pelancaran dan penamaan sesebuah kapal perang sebelum ia siap merupakan satu tradisi dan praktis TLDM sejak sekian lama.

Amalan itu turut dilakukan di negara-negara lain.

Tegasnya, upacara itu juga disebut oleh Kapten (B) Ir Azhar Jumaat dalam sesi mengadap PAC pada 11 Disember 2022.

Sebagai contoh, pelancaran LCS yang dibina oleh Naval Group untuk Kerajaan Emiriah Arab Bersatu di Perancis juga dibuat sebelum ia disiap sepenuhnya. – MalaysiaGazette