Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bersama isterinya, Tun Jeanne Abdullah meluangkan masa melawat Laman Ternakan sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di MAEPS Serdang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 10 OGOS 2022.

SERDANG – Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi melawat Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini hari ini.

Beliau yang hadir jam 10 pagi tadi ditemani isterinya, Tun Jeanne Abdullah.

Kedua-dua mereka mengadakan lawatan di Laman Ternakan MAHA2022 yang antaranya mempamerkan Lembu Sado atau lembu hibrid yang mempunyai berat lebih 900 kilogram.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bersama isterinya, Tun Jeanne Abdullah meluangkan masa melawat Laman Ternakan sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di MAEPS Serdang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 10 OGOS 2022.

Turut dilawatinya pameran persatuan pengusaha sarang burung walid.

Antara penternakan lain adalah burung puyuh, arnab pedaging, ayam arab, bebiri baka santa ines, kambing tenusu

Pameran yang bertemakan Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan itu diadakan sehingga 14 Ogos ini di MAEPS.

Selain Laman Ternakan, MAHA2022 turut menjanjikan pengalaman berbeza di Laman Florikultur, Laman Agro Food Padi, Laman Nanas, Laman Perikanan, Laman Sayur dan Herba serta Laman Mekanisasi. – MalaysiaGazette