Global Royalty Trading SAL Lebanese Rosmah diamond bracelet Obyu Holdings corruption verdict Datin Seri Rosmah Mansor, the wife of former Prime Minister Datuk Seri Najib Razak arrives at the Kuala Lumpur Court Complex for her money-laundering trial involving the solar hybrid project for rural schools in Sarawak. PIX: MUHD NA'IM / MalaysiaGazette / 05 APRIL 2022. corruption verdict
Datin Seri Rosmah Mansor.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 30 Ogos ini bagi keputusan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor mencabar pelantikan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan dalam kes projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion.

Rosmah yang merupakan isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib  Razak juga memohon membatalkan keseluruhan prosiding yang berlangsung sejak 2018. 

Untuk makluman, ia merupakan percubaan kedua beliau dalam mencabar pelantikan bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu.

Hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid menetapkan hujung bulan ini bagi memutuskan permohonan tersebut selepas mendengar bantahan yang telah dikemukakan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan mewakili AGC ketika berhujah menegaskan permohonan itu merupakan satu penyalahgunaan proses mahkamah selain dakwaan cubaan campur tangan pemohon dalam prosiding jenayah dengan memohon di mahkamah sivil.

Bagaimanapun peguam mewakili Rosmah, Datuk Jagjit Singh mempertahankan tindakan itu sambil memaklumkan mahkamah anak guamnya tidak cuba merampas kuasa sebaliknya hanya mahkamah sivil memberikan keputusan bagi permohonannya.

Rosmah sebelum ini pernah memfailkan permohonan sama  tahun lepas di bawah bidang kuasa jenayah Mahkamah Tinggi  namun ianya ditolak.

Malah rayuannya juga ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Rosmah memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 24 Jun lepas di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) menamakan Peguam Negara/Pendakwa Raya, Kerajaan Malaysia dan Gopal Sri Ram sebagai responden.

Beliau memohon deklarasi pelantikan Gopal sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan melalui tiga surat pelantikan (fiat), masing-masing bertarikh 8 Julai 2020, 11 Mei dan 21 Mei 2021 adalah salah di sisi undang-undang.

Rosmah juga memohon deklarasi keseluruhan prosiding pendakwaan dan perbicaraan yang berlangsung sejak 15 November 2018 hinggalah pembelaan menutup kesnya adalah tidah sah serta terbatal dan oleh itu beliau harus dibebaskan daripada semua pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Ketika ini Rosmah sedang berdepan dengan pertuduhan meminta suapan RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin.

Beliau didakwa menerima suapan itu untuk membantu syarikat itu mendapatkan projek bernilai RM1.25 bilion untuk menyediakan tenaga hibrid solar di 369 sekolah di kawasan luar bandar di Sarawak. – MalaysiaGazette