KUALA LUMPUR – Hospital Kemaman baharu yang diusahakan Kerajaan Barisan Nasional (BN) sepatutnya siap pada Disember 2021.

Bagaimanapun, apabila pentadbiran Kerajaan Persekutuan bertukar, projek pembinaan hospital ini ditangguhkan, dakwa Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Selain ditangguhkan, katanya, macam-macam syarat baharu dikenakan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, projek itu kemudian tangguh dua tahun disebabkan Covid-19 melanda negara.

Kini baru 60 peratus siap.

“Insya Allah siap. Tapi lambatlah….,” katanya.

Hospital baharu Kemaman yang baru 60% siap.

Projek pembinaan hospital baharu di Kijal ini dilaksanakan menerusi Bajet 2016 untuk dimanfaatkan lebih 150,000 penduduk Kemaman.

Pengumuman projek ini dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi menggantikan hospital sedia ada yang tidak lagi mampu menampung keperluan penduduk.

Kawasan ini memerlukan hospital baharu disebabkan pertambahan penduduk dan kewujudan kawasan industri, antaranya Kawasan Perindustrian Kertih dan Kawasan Perindustrian Teluk Kalong.

Apabila siap kelak, hospital tujuh tingkat ini mempunyai 300 katil, sekali gus lebih selesa. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Kenapa projek pembangunan melibatkan bangunan/pemilikan kerajaan selalu lambat atau tertangguh sedangkan bangunan/pemilikan swasta cepat mengikut Jadual.
    Apakah peranan pegawai2 kerajaan yang sepatutnya memantau mengikut jadual atau kerap tidur bersama timbunan wang ringgit?
    Inilah kelemahan projek kerajaan..Tiada ketegasan serta ketirisan walaupun pun kerap diviralkan/tularkan masih juga berlaku berulang kali.
    Ini menyebabkan pembaziran wang ringgit serta tenaga kerja.
    Apa guna MP2 yang melalak dalam Parlimen jika mereka tidak kerap turun padang(termasuk menteri-menteri /exco negeri).
    Jawatan berebut-rebut setiap kali PRU tetapi hanya fikir poket saja , itu belum termasuk pegawai2 kerajaan lain.

Comments are closed.