NEW YORK – Salman Rushdie kini memerlukan bantuan pernafasan selepass ditikam di sebuah acara di negeri New York.
Dia diserang di atas pentas.
Rushdie dilaporkan tidak boleh bercakap dan kemungkinan dia kehilangan sebelah mata.
Dia telah menerima ancaman bunuh selama bertahun-tahun selepas menulis The Satanic Verses yang diterbitkan pada 1988.
Polis menahan seorang suspek bernama Hadi Matar, 24, dari Fairview, New Jersey.
Polis Negeri New York berkata, suspek berlari ke atas pentas dan menyerang Rushdie dan seorang lagi individu di Institusi Chautauqua di barat negeri New York.
“Salman berkemungkinan akan kehilangan sebelah mata; saraf di lengannya terputus dan hatinya ditikam dan rosak,” kata ejennya, Andrew Wylie.
Tiada motif atau pertuduhan terhadap suspek tetapi polis sedang dalam proses mendapatkan waran geledah untuk memeriksa beg galas dan peralatan elektronik yang ditemui di pusat berkenaan.
ditikam sekurang-kurangnya sekali di leher dan perut, kata pihak berkuasa.
Dia dibawa ke hospital di Erie, Pennsylvania, dengan helikopter. – Agensi