Rafizi penjilat elaun nelayan fahmi PMQT artis kerajaan
Wan Saiful Wan Jan

KUALA LUMPUR – Selepas Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) membuktikan lima kapal tempur pesisir (LCS) sedang dalam pembinaan, seorang pemimpin parti dalam gabungan kerajaan seolah-olah belum berpuas hati.

Ketua Penerangan Bersatu, Malaysia Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa, isu sebenar bukan sama ada kapal itu wujud atau tidak.

Beliau mendakwa  UMNO cuba mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu sebenar dengan menunjukkan bahawa LCS itu wujud.

“Tapi isunya ialah projek itu sudah terlalu jauh tersasar dari tempoh siap yang dinyatakan dalam kontrak dan ia tidak sepadan dengan jumlah RM6 bilion yang telah dibayar.

“Kenapa tiada tindakan apabila projek sebegini besar lari jauh dari tarikh siap yang dipersetujui? Kenapa duit dibayar sebegitu banyak sehibgga tidak sepadan dengan progress projek?

“Kenapa pandangan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ditolak sehingga kapal yang dibeli bukan kapal yang dikehendaki oleh TLDM? Adakah ada apa-apa salah laku di sebalik skandal ini? Adakah sesiapa kaut untung hingga berbilion ringgit?” kata Wan Saiful.

Sebelum ini beberapa pemimpin pembangkang mendakwa LCS merupakan ‘kapal halimunan’ dan tidak wujud kerana sehingga kini tidak ada satu pun kapal itu siap dibina.

Bagaimanapun beberapa pemimpin UMNO terutama bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menuduh kerajaan Pakatan Harapan telah membekukan projek berkenaan ketika berkuasa antara Mei 2018 hingga Februari 2010  menyebabkan pembinaannya tertangguh.

Bagi membuktikan kapal tersebut dalam pembinaan BNS membawa 48 media ke tempat pembinaan LCS dan menunjukkan bukti bahawa kapal-kapal berkenaan dalam proses disiapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif BNS, Azhar Jumaat berkata, pembinaan lima kapal itu mencapai kemajuan 30 hingga 60 peratus dan ia sekaligus mematikan tuduhan bahawa  itu halimunan.

Sementara itu, Wan Saiful mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat projek tersebut.

“Saya jangka UMNO akan bermati-matian cuba melarikan perhatian rakyat dan mengelirukan rakyat. Sebab pemimpin tertinggi UMNO dinamakan secara terus dalam laporan PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara).

“Ismail Sabri jangan jadi pak turut. Tunjuk sedikit kepimpinan sebagai Perdana Menteri. Kita mahu Perdana Menteri yang berani, bukan penakut. Tubuhkan RCI segera untuk siasat skandal mega pemimpin UMNO ini,” kata Wan Saiful.

Untuk rekod, Bersatu merupakan parti komponen dalam Kerajaan Pakatan Harapan (PH) bersama-sama DAP, PKR dan Amanah ketika mentadbir negara selepas menang Pilihan Raya Umum ke-14.

Kerajaan PH tumbang selepas Bersatu keluar daripada gabungan itu pada Februari 2020 dan membuat kerjasama dengan UMNO serta beberapa parti lain untuk mewujudkan Kerajaan baharu yang kekal sehingga hari ini. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Kenapa lewat? Sebab PH yg korang sebahagian kerajaan masa tu bekukan projek LCS..sendiri beku, sendiri tanya sebab apa? bebal betul

Comments are closed.