KUALA LUMPUR – Isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida reda dengan ujian Allah namun reda dengan ketentuan takfir itu.
Menerusi satu balasan komen dalam Instagram miliknya, Nur Shahida atau nama sebenarnya, Nur Shahida Mohd. Rashid memberitahu, Allah lebih mengetahui segala-galanya kerana ujian manusia adalah berbeza.
“Betul, Allah uji dengan suami. Tidak mengapa, Dia lebih mengetahui. Ujian orang berbeza-bezakan.
“Dunia ini tempat kita berehat,” demikian coret Nur Shahida, 37, menjawab kenyataan ditinggalkan seorang netizen dalam satu hantaran Instagram.
Aliff sebelum ini mendakwa mengalami sakit mental apabila dikecam netizen gara-gara memuatnaik video tarian ghairah bersama penyanyi Baby Shima.
Namun dia kantoi apabila pendedahan dilakukan hanya sandiwara semata-mata kerana memuatnaik gambar ubatan yang diambil daripada pemilik media sosial lain.
Aliff berkongsi gambar menunjukkan pil yang kononnya dia ingin mati dengan tenang dan beriman.
Bagaimanapun, seorang pengguna Twitter mendakwa foto yang dimuat naik Aliff itu merupakan gambar lama miliknya yang pernah dikongsi kepada umum dua tahun lalu.
“Itu ke gambar pil yang Aliff Syukri upload (muat naik)? Kalau betul, aku boleh pastikan yang dia tengah bodohkan satu Malaysia. Itu gambar ubat-ubat yang aku muat naik tahun 2020,” ciap pengguna Twitter itu.
Terdahulu, Aliff, 35, bertindak mengucapkan selamat tinggal kepada berjuta-juta pengikutnya dalam media sosial.
Sejak beberapa hari lalu, dia kembali mengundang cacian selepas berkongsi sebuah video sedang bergelek dan menari sakan bersama penyanyi dangdut, Baby Shima.
Difahamkan, Aliff berhasrat untuk melancarkan sebuah video muzik single terbaharunya bersama penyanyi itu namun seperti kebiasaan, apa yang dilakukannya mengundang teguran ramai termasuk penceramah bebas, PU Syed dan ibunya sendiri. – MalaysiaGazette