David De Gea. Foto https://news7f.com.

LONDON – Penjaga gol Manchester United David De Gea meratapi kekalahan pasukannya selepas dibelasah Brentford 0-4 namun sedia bertanggungjawab dengan kekalahan besar itu.

Pemain dari Sepanyol itu meluahkan kekecewaan dengan aksinya awal pagi tadi yang ditampilkan dengan prestasi yang teruk.

“Saya mahu bertanggungjawab (atas kekalahan) hari ini. Saya membuat pasukan kehilangan tiga mata. Prestasi saya sangat teruk.

“Selepas dua kesilapan itu, keadaan menjadi sukar untuk pasukan.Ia adalah hari yang buruk.Kami sepatutnya merespon dengan lebih baik tetapi ini salah saya kerana sepatutnya saya menyelamatkan gol pertama, dan mungkin keputusan akan berbeza.

“Mungkin saya sepatutnya membaca permainan dengan lebih baik dan membuat hantaran jauh ,saya tidak sepatutnya menghantar kepada Christian dan saya sepatutnya juga membaca situasi dengan lebih baik.”

“Kami bukan pasukan yang boleh menang 5-1 atau 6-1 walaupun bolos terlebih dahulu. Sebab itu saya rasa kekalahan kami berpunca daripada saya. (Gol pertama) sepatutnya penyelamatan mudah tetapi akhirnya 1-0 untuk mereka,” kata De Gea kepada Sky Sports.

Manchester United kendalian Erik ten Hag tidak bermaya ketika dibelasah 4-0 oleh Brentford dan belum pernah pengendali United tewas dua perlawanan pertama sejak John Chapman pada November 1921.

Selepas dibolosi empat gol pada babak awal buat julung kalinya di Liga Perdana Inggeris, United kini menghuni tangga tercorot buat kali pertama sejak 21 Ogos 1992. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast