Gambar hiasan

YEREVAN – Letupan kuat di gudang penyimpanan bunga api telah menyambar kawasan beli-belah popular di ibu negara Armenia pada hari Ahad, membunuh sekurang-kurangnya dua orang, mencederakan 60 yang lain.

Kejadian itu telah mencetuskan kebakaran besar dengan asap hitam berkepul-kepul di tengah Yerevan.

Beratus-ratus anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran pada waktu malam selepas letupan awal tengah hari di pusat beli-belah Surmalu, selain mencari mangsa-mangsa yang terperangkap.

Menteri Kecemasan, Armen Pambukhchyan berkata, pihaknya menerima 20 laporan daripada orang ramai yang mengatakan gagal mengesan saudara mereka.

Seramai 10 orang cedera manakala tiga orang dilapor maut termasuk seorang mangsa yang terperangkap dalam runtuhan.

Seorang wartawan dari The Associated Press di tempat kejadian melihat dua orang ditarik dari runtuhan – seorang wanita dengan kaki yang cedera dan seorang lelaki muda tidak sedarkan diri.

Pasar yang terletak 2 kilometer di selatan pusat bandar ini terkenal dengan harga yang rendah dan menjual pelbagai barangan.

Setakat ini tiada butiran punca letupan itu. – Agensi