Keputusan Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan beberapa lagi parti politik yang ingin menyertai Barisan Nasional (BN) akan dibincang dan diputuskan malam ini selepas dewan tertingginya bermesyuarat di WTC, Kuala Lumpur.

Terdahulu bakal presiden PBM Datuk Zuraida Kamaruddin berkata parti itu telah menghantar permohonan kepada BN bagi menyertai gabungan berkenaan.