Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir bercakap kepada media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) bagi menentukan parti baharu yang akan menyertai BN di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 15 OGOS 2022.

KUALA LUMPUR – Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) bersetuju menubuhkan Puteri BN untuk menyelaras pergerakan wanita muda di semua parti-parti komponennya.

Sehubungan itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan dilantik untuk mengetuai Puteri BN.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir selepas Dewan Tertinggi BN bermesyuarat di sini malam tadi.

Menurut Zambry, Datuk Seri Hishamuddin Hussein disambung pelantikannya sebagai Bendahari Agung BN untuk tempoh dua tahun lagi. – MalaysiaGazette