OSLO – Sebuah jambatan kayu di Norway runtuh pada pagi Isnin, menyebabkan sebuah kereta terjunam ke dalam sungai dan sebuah trak lagi pada kedudukan hampir menegak selama berjam-jam.
Jurucakap polis berkata, pemandu kereta itu dapat keluar sendiri dari kenderaan itu, manakala perkhidmatan kecemasan terpaksa menyelamatkan pemandu lori dengan helikopter.
Kedua-dua pemandu dalam keadaan baik.
“Ia benar-benar malapetaka, sama sekali tak percaya kerana jambatan ini agak baharu,” kata Datuk Bandar, Jon Halvor Midtmageli kepada akhbar Dabgladet.
Jambatan itu terletak di sungai Gudbrandsdalslaagen di kampung Tretten, hanya di utara Lillehammer. Ia adalah salah satu daripada beberapa jambatan kayu di selatan Norway.
Punca runtuhan masih tidak diketahui.
“Ia (jambatan) itu musnah sepenuhnya, semuanya telah runtuh,” tambah datuk bandar.
Jambatan sepanjang 150 meter (500 kaki) itu diperbuat daripada kayu dan dibuka kepada pemandu pada 2012.
Persekutuan Automobil Norway berkata, jambatan itu telah diperiksa seawal tahun lepas.
“Kami yang memeriksa percaya jambatan itu selamat untuk dipandu,” kata jurucakap organisasi itu Ingunn Handagard kepada agensi berita tempatan NTB. – Agensi