Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri

KUALA LUMPUR – Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan hasrat untuk menjual akan Instagram (IG) miliknya dengan harga RM500,000.

Perkara itu diumumkan olehnya menerusi satu hantaran di InstaStory miliknya hari ini.

“Siapa yang nak beli akaun IG ni saya nak jual RM500k. Berminat DM saya,” tulisnya.

Sehingga kini, akaun Instagram milik Aliff Syukri memiliki 4.3 juta pengikut namun dia sudah memadam semua gambar dan video yang dimuatnaik sebelum ini.

Baru-baru ini, usahawan itu muncul dengan drama kontroversi baharu apabila memuatnaik video lagu terbaharunya bersama penyanyi Baby Shima.

Bagaimanapun, video tersebut mendapat kecaman netizen apabila kedua-duanya beraksi ghairah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast