wong kah woh
Wong Kah Woh

KUALA LUMPUR –┬áLaporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berkaitan kapal tempur pesisir sudah dinyahklasifikasikan oleh kerajaan

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh, berkata, PAC dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Jabatan Perdana Menteri bahawa laporan tersebut telah dinyahklasifikasikan.

Pada masa sama, PAC juga sudah menerima salinan laporan itu

“Ini adalah lanjutan daripada syor PAC pada 4 April 2022 dan keputusan Kabinet pada 10 Ogos 2022.

“PAC akan muatnaikkan laporan ini ke portal PAC untuk rujukan semua,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Pada 10 Ogos lalu, mesyuarat jemaah menteri mencadangkan supaya laporan pengauditan pengauditan forensik projek LCS yang dijalankan pada 2019 dinyahklasifikasikan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan proses itu perlu mendapat nasihat dan pandangan Peguam Negara dan Ketua Audit Negara terlebih dahulu. – MalaysiaGazette