STOCKHOLM – Sweden mencatatkan 54,560 jumlah kelahiran dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini – angka kelahiran terendah dalam tempoh 16 tahun.
Jumlah itu adalah penurunan sebanyak 6.7 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
”Ia merupakan bilangan bayi baru lahir terendah sejak separuh pertama 2006,” menurut perangkaan Sweden.
Bilangan kelahiran adalah lebih rendah setiap bulan berbanding bulan yang sama tahun lepas.
Bulan April lalu hanya menyaksikan lebih 1,000 kelahiran berbanding April lalu, penurunan bulanan terbesar dalam enam bulan pertama.
Menurut perangkaan Sweden, jumlah penduduknya sebanyak 10,487,859 setakat 30 Jun tahun ini. – Xinhua