Foto: flightradar24

LONDON – Sebuah pesawat Ethiopian Airlines terlepas untuk mendapat di Lapangan Terbang Bole, Addis Ababa, Ethiopia apabila kedua-dua juruterbangnya tertidur.

Juruterbang pesawat Boeing, B737 dari Khartoum, Sudan itu sepatutnya mengurangkan ketinggian ketika menghampiri Lapangan Terbang Bole namun data radar menunjukkan ia tersasar daripada destinasinya.

Pengawal trafik udara cuba menghubungi kedua-dua juruterbang itu namun tidak berjaya, mereka kemudiannya terjaga apabila mod autopilot terputus lalu mengeluarkan amaran.

Data radar menunjukkan kedua-dua juruterbang – pada suatu ketika terkejut – berpatah balik dan melakukan percubaan kedua untuk mendarat, lapor metro.co.uk.

Data mengesahkan penerbangan ET343 berada pada ketinggian 37,000 kaki di atas lapangan terbang, lapor Aviation Herald.

Penganalisa penerbangan, Alex Macheras dalam ciapan Twitter berkata: “Sangat khuatir insiden pada syarikat penerbangan terbesar Afrika – Boeing 737 Ethiopian Airlines #ET343 masih lagi terbang pada ketinggian 37,000 kaki ketika ia tiba di destinasi Addis Ababa.

“Mengapa ia tidak mula mengurangkan ketinggian untuk mendarat? Kedua-dua juruterbang tertidur,”.

Beliau berkata, kedua-dua juruterbang mengalami pilot fatigue (keletihan) yang mana beliau sifatkan sebagai ‘sesuatu bukan baharu’. – Agensi