PDRM
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang remaja perempuan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) lembam mendakwa dia dirogol dua lelaki rakan bapa kandungnya di Bukit Jalil, di sini.

Difahamkan bahawa nasib yang menimpa mangsa berusia 13 tahun itu hanya diketuai oleh bapanya selepas remaja tersebut mengadu sakit perut dan pinggang ketika mereka berada di kampung baru-baru ini.

Menurut sumber, ayah mangsa telah membawa anak perempuannya itu berjumpa seorang bidan di kampung dan terkejut apabila dimaklumkan kemungkinan remaja tersebut pernah melakukan hubungan seks.

“Mangsa kemudian telah menceritakan kepada bapanya dia pernah menjadi mangsa rogol dua rakan lelaki bapanya ketika kedua-dua suspek itu menumpang rumah mereka di Bukit Jalil.

“Mangsa juga mendakwa dia dirogol beberapa kali oleh suspek ketika bapanya tiada di rumah sebelum bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Bukit Jalil pada Selasa lalu untuk tindakan lanjut polis,” kata sumber itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin yang mengesahkan polis polis telah dibuat berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga sebatan jika disabitkan kesalahan.

“Kes telah dirujuk kepada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya. – MalaysiaGazette