Keadaan kereta terbalik selepas terbabas di Jalan Besar Parit 7 Sekinchan pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita cedera ringan apabila kereta yang dipandunya terbabas dan memasuki parit.

Ketua Operasi Balai Bomba Sekinchan, Azmi Selamat berkata, kejadian berlaku di Jalan Besar Parit 7 Sekinchan, sekitar jam 9 tadi.

Menurutnya, mangsa berjaya dikeluarkan daripada kereta oleh orang awam sebelum bomba tiba.

Mangsa telah diberikan rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Tanjung Karang. – MalaysiaGazette