Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Mangsa banjir kilat di daerah ini meningkat kepada 86 orang daripada 29 keluarga pagi ini, berbanding 43 orang daripada 12 keluarga malam tadi, selepas sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Johor Bahru menerusi kenyataan memaklumkan PPS Sekolah Kebangsaan Mutiara dibuka bagi menempatkan seramai 43 orang daripada 17 keluarga membabitkan penduduk Kampung Pasir, Kampung Kangkar Tebrau dan Kampung Kenangan, di sini.

“Semalam hujan lebat berlaku melebihi dua jam dan menyebabkan beberapa buah rumah (di daerah ini) dinaiki air kira-kira pukul 3 petang,” katanya.

Malam tadi, seramai 43 penduduk Kampung Laut Batu 10 dipindahkan ke PPS Dewan Raya Kampung Melayu Batu 10 selepas rumah mereka dinaiki air. – BERNAMA