Gambar hiasan

KYIV – Peluru berpandu Kalibr milik Rusia telah memusnahkan depot peluru yang mengandungi peluru berpandu untuk roket Himars buatan Amerika Syarikat di wilayah Odesa tenggara Ukraine.

Bedilan itu terkena sebuah jelapang bijirin.

Kementerian pertahanan Rusia berkata, peluru berpandu Kalibr itu telah memusnahkan depoh yang turut menempatkan sistem anti-pesawat buatan Barat.

Jurucakap pentadbiran wilayah Odesa berkata, dua peluru berpandu telah ditembak jatuh di atas laut, tetapi tiga telah mengenai sasaran kawasan pertanian.

Tiada kemalangan jiwa, kata jurucakap, Serhiy Bratchuk, di Telegram.

Seorang pakar bahan letupan dan penyiasat sedang menyiasat di jelapang bijiran itu, katanya.

Kementerian Pertahanan Rusia juga berkata, tenteranya telah memusnahkan dua M777 Howitzer dalam kedudukan tempur di wilayah Kherson dan sebuah depoh bahan api di wilayah Zaporizhzhia yang dikatakan menyimpan lebih daripada 100 tan bahan api diesel. – Reuters