Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR – Rafizi Ramli akan akan mendedahkan ahli politik yang terlibat dalam penyelewengan wang projek kapal tempur pesisir (LCS) esok.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, dia boleh menamakan individu berkenaan kerana bukti telah ada.

”Insya Allah esok, 22 Ogos saya akan mendedahkan ahli politik yang terlibat dalam penyelewengan wang projek kapal LCS,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Menurutnya, dia membuat keputusan untuk menamakan ahli politik tersebut untuk mengelakkan beberapa ‘bilis’ sahaja dikambing hitamkan sedangkan jerung-jerung terlepas.

”Hebahkan kepada seluruh rakyat Malaysia. #AyuhMalaysia kita perangi mat-mat sakau yang merompak duit rakyat,” ujarnya.

Baru-baru ini, bekas Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Madya (B) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas tiga pertuduhan pecah amanah berjumlah RM21.08 juta membabitkan projek pembinaan LCS.

Bagaimanapun, Ahmad Ramli, 78, yang juga bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Suzana Hussin. – MalaysiaGazette