Ketua Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail melancarkan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Menyemarkkan semangat patriotisme dan solidariti dalam kalangan Keluarga Malaysia antara matlamat  Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, kesemua aktiviti itu akan dilaksanakan menerusi tiga prinsip iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran.

“Bukan itu sahaja, prinsip kecintaan kepada negara juga merupakan sebahagian daripada lambang keimanan yang akan dizahirkan melalui kibaran Jalur Gemilang.

“JAWI bukan sahaja melaksanakan kempen Kibar Jalur Gemilang di Bangunan Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur, masjid dan surau serta Institusi Pendidikan Islam di bawah JAWI.

“Malah semua masjid dan surau sekitar Wilayah Persekutuan akan turut menganjurkan program forum dan ceramah agama bertemakan kenegaraan sempena Hari Kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail hadir gimik pelancaran pemasangan Jalur Gemilang pada kenderaan rasmi jabatan dan program di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Terdahulu beliau hadir merasmikan gimik pelancaran pemasangan Jalur Gemilang pada kenderaan rasmi jabatan dan program dianjurkan bersempena Perhimpunan Bulanan dan Anugerah Pekerja Contoh Bulanan Warga JAWI di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette