Singer and composer, Yasin Sulaiman is charged at the Petaling Jaya Sessions Court with growing 17 cannabis plants in his house at Kota Damansara. PIX: AMIRUL SHAUFIQ / MalaysiaGazette / 18 MAY 2022.
Yasin Sulaiman. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 18 MEI 2022.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini memutuskan perbicaraan terhadap penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman atas tiga pertuduhan dadah akan mula didengar selama 15 hari bermula Mac tahun depan.

Tarikh-tarikh yang ditetapkan itu ialah hingga 10 Mac, 13 hingga 17 Mac dan 20 hingga 24 Mac.

Hakim Jamaludin Mat kemudian bertanya jika terdapat bantahan daripada pihak pendakwaan mahupun pembelaan sebelum ia dimuktamadkan selama 15 hari.

Difahamkan seramai 10 saksi akan dipanggil pada perbicaraan itu.

Yasin akan diwakili peguam Ariff Azami Hussein manakala pendakwaan dilakukan, Mohd. Asnawi Abu Hanipah.

Jamaludin juga menetapkan 4 Oktober bagi pengurusan kes.

Yasin tidak berdepan dengan hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis Kanabis seberat 214 gram pada 6 Julai lepas.

Ketika itu pendakwaan memaklumkan pertuduhan mengedar ditarik balik dan Yasin dituduh dengan pertuduhan baharu iaitu memiliki dadah seberat 193.7 gram.

Mengikut pertuduhan baharu itu, Yasin didapati dalam milikannya dadah berbahaya jenis kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara, di sini, pukul 5.30 petang pada 24 Mac lalu.

Yasin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya kanabis yang diperolehi secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama.

Yasin juga didakwa atas satu lagi pertuduhan dan mengaku tidak bersalah iaitu memberikan dirinya dadah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pukul 11.05 malam hari sama.

Bagi kesalahan itu pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast