Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil sedikit masa untuk berjumpa dengan penyokongnya ketika hadir ke mahkamah pada prosiding kes rayuan akhir berkaitan sabitan dan hukuman penjara penyewelengan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 23 OGOS 2022.

KUALA LUMPUR – Hari ini merupakan hari kemenangan untuk rakyat Malaysia yang berani membuat perubahan pada 9 Mei 2018.

Loke berkata, keputusan oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan membuktikan tiada pihak yang berada di atas undang-undang.

“Keputusan ini adalah amaran kepada semua pemimpin politik yang diberikan kuasa dan mandat rakyat supaya jangan sesekali mengalahgunakan kuasa untuk memperkayakan diri sendiri.

“Orang yang paling berkuasa sekalipun yakni Perdana Menteri boleh dijatuhkan oleh rakyat dan menghadapi penghakiman mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan hari mengekalkan sabitan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib dalam kes SRC International.

Rata-rata pembangkang dilihat gembira dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

DAP umpamanya turut bernada gembira dengan berkata, ini adalah usaha Pakatan Harapan (PH) untuk membawa Najib ke muka pengadilan.

“Berkat usaha berterusan Pakatan Harapan untuk mendedahkan rasuah Najib Razak, perkara yang mustahil telah berlaku.

“Bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak akhirnya akan dipenjarakan,” kata parti itu dalam laman Facebooknya.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, sesiapa pun tidak boleh terlepas daripada undang-undang negara.

“No one is above the law in Malaysia. Peringatan kepada kita semua.

“Let us together rebuild our beloved Malaysia,” ujarnya di Twitter.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman berkata, inilah yang ditunggu-tunggu oleh rakyat negara ini, selama ini.

“Hari selasa yang di tunggu-tunggu selama ini,” ciap beliau.

Turut memberikan komen Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh.

“Cash is no longer king in this place. You cannot use money to buy anyone you want,” ciap beliau di Twitter.

Sementara itu,

 

 

Bagaimanapun, beberapa pemimpin utama PH antaranya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini.

Malah pejabat dua bekas Perdana Menteri iatu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin juga masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan. – MalaysiaGazette