Peguam yang mewakili Datuk Seri Najib Razak membuat usaha di saat-saat akhir memohon Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada mendengar rayuan akhir kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan pagi ini bahawa pihaknya memfailkan permohonan itu, semalam.