PUTRAJAYA – Ketika prosiding sedang berjalan, mahkamah dikejutkan dengan kemunculan peguam bela, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang hadir untuk membantu Hisyam Teh Poh Teik berhujah.
Firoz hadir selepas permohonan oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ditolak mahkamah yang mahu berhujah esok tidak dibenarkan.
Sejurus selepas Hisyam selesai berhujah dalam permohonan untuk Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada mendengar rayuan akhir, Firoz sepatutnya menyambung hujahan itu.
Namun Firoz turut memohon penangguhan sehingga tengahari sebelum berhujah.
Bagaimanapun, Tun Maimun yang kelihatan begitu tegas dan ‘garang’ tidak membenarkan permohonan Firoz mahupun Hisyam.
Kata Tun Maimun, hujahan yang telah dibuat oleh Hisyam selaku peguam bela Najib sudah cukup dan tidak perlu apa-apa termasuklah sebarang penangguhan bagi tambahan hujah baharu.
Selain itu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram juga bangkit bangun dan menyoal adakah prosiding ini seperti sarkas dengan pasukan bela sesuka hati keluar masuk berhujah.
“Sebelum ini Yang Amat Arif telah memberikan masa kepada pembelaan, iaitu Sabtu, Ahad dan Isnin untuk menyediakan hujah malah ketika itu lagi pembelaan sudah memberitahu mereka tidak mahu mengemukakan hujahan lisan. Jadi apa ini?,” ujarnya.
Tun Maimun tidak membenarkan permohonan pembelaan sebaliknya mahkamah ditangguh rehat sebentar sebelum keputusan permohonan untuk menggugurkan beliau di putuskan sebentar lagi.
Terdahulu, ketika memohon penangguhan sehingga pagi esok, kata Muhammad Shafee, kehadirannya bukanlah satu konspirasi untuk melengahkan atau menangguhkan perbicaraan sebaliknya cubaan untuk mendapatkan keadilan buat anak guamnya. -MalaysiaGazette
Najib nak buat mahkamah sebagai sarkas ayah dia punya
Wah emosi yer..mcm mana nak buat keputusan adil dlm keadaan beremosi? tak pe rakyat perhati kan jer tingkah laku korang..
Kalau Jho Low hakim kan pasti menang linenya case dismissed due to insufficient evidence.