KAJANG – Di sebalik keadaan tenang sekitar pekarangan Penjara Kajang yang menempatkan Datuk Seri Najib Razak hari ini – muncul sekumpulan empat penunggang motosikal Royal Enfield di pintu masuk penjara.
Salah seorang daripada mereka yang hanya dikenali sebagai Ganesh, 50, berkata, sebaik mengetahui bekas perdana menteri itu memasuki penjara, beliau bersama-sama tiga rakan-rakan bertindak ke sini untuk ‘meraikannya’.
“Kami bertolak pukul 11 pagi tadi dari Port Dickson, datang nak tengok (Najib) di penjara,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.
Bagaimanapun niat mereka untuk memasuki Penjara Kajang dihalang pegawal keselamatan penjara.
“Kami tidak dibenarkan masuk,” katanya lagi.
Semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan, hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib dalam kes SRC International Sdn. Bhd.
Setakat jam 12 tengahari tadi, masih tiada apa-apa perkembangan mana-mana ahli keluarga mahu pun barisan peguamnya hadir ke Penjara Kajang. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: