Noh Omar

SHAH ALAM – Badan Perhubungan UMNO Selangor menzahirkan rasa simpati atas keputusan perbicaraan Datuk Seri Najib Razak yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan Selasa lalu.

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, sebagai mantan Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Najib juga pernah menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor dari 2009 hingga 2013.

“Walaupun Selangor tidak ditadbir oleh Barisan Nasional (BN), banyak peruntukan pembangunan untuk kesejahteraan rakyat telah diluluskan dan dilaksanakan.

“Keputusan Mahkamah Persekutuan kelmarin tidak sama sekali dapat memadamkan jasa besar Najib sebagai Perdana Menteri yang telah membawa Selangor dan Malaysia ke mercu kejayaan.

“Bagaimanapun, kami menzahirkan rasa dukacita apabila permohonan Najib untuk menangguhkan perbicaraan telah ditolak oleh mahkamah,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Noh berkata, meskipun demikian, perjuangan UMNO dan BN mesti diteruskan demi kemaslahatan agama, bangsa dan tanah air.

UMNO Selangor, katanya, mendoakan Najib dan keluarga tidak berputus asa, terus tabah dan cekal dalam menghadapi segala dugaan ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.