Polis masih berusaha mengesan mayat bayi lelaki yang ditanam seorang lelaki di kawasan tanah perkuburan di Bagan Dalam, dekat sini dalam kejadian awal pagi Jumaat.
Gambar hiasan

SEOUL – Korea Selatan sekali lagi merekodkan kadar kesuburan paling rendah di dunia dan jumlah itu merosot ke paras terendah baharu.

Kadar di negara ini mula-mula turun lebih rendah daripada seorang kanak-kanak bagi setiap wanita pada 2018.

Tetapi semalam, angka yang dikeluarkan oleh kerajaan menunjukkan angka itu telah menurun kepada 0.81 – turun tiga mata daripada tahun sebelumnya dan ia merupakan penurunan keenam berturut-turut.

Sebagai perbandingan, kadar purata merentas ekonomi paling maju di dunia ialah 1.6 kanak-kanak.

Negara ini memerlukan sekurang-kurangnya dua anak bagi setiap pasangan iaitu kadar 2.1 – untuk mengekalkan populasi mereka pada saiz yang sama, tanpa penghijrahan.

Kadar kesuburan telah “menurun dengan ketara” dalam tempoh enam dekad yang lalu, kata Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi.

Tetapi trend ini amat ketara di Korea Selatan, yang mana saiz keluarga telah berkurangan dalam tempoh beberapa generasi.

Pada permulaan tahun 1970-an wanita mempunyai empat orang anak secara purata.

Penduduk yang semakin berkurangan boleh meletakkan negara di bawah tekanan yang besar.

Selain itu pengurangan ini memberi tekanan ke atas perbelanjaan awam apabila permintaan untuk sistem penjagaan kesihatan dan pencen meningkat, populasi belia yang semakin berkurangan juga membawa kepada kekurangan buruh turut memberi kesan kepada ekonomi.

Pada 2020 terdapat amaran apabila Korea Selatan mencatatkan lebih banyak kematian berbanding kelahiran buat kali pertama. – BBC