Pendakwah, Ustaz Ebit Lew berjalan keluar selepas membuat laporan polis mengenai dua individu yang memburukkan beliau di laman sosial di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 21 JULAI 2021.

KUALA LUMPUR – Pendakwah, Ebit Lew akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah membabitkan 11 pertuduhan gangguan seksual pada 27 hingga 30 September ini.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Komisioner Skandaguru Anandan berkata, Ebit atau Ebit Irawan Ibrahim sebelum ini telah didakwa di Mahkamah Majistret Tenom pada Februari lalu.

“PDRM mengesahkan Ebit Irawan Ibrahim (Ebit Liew) yang telah dituduh di Mahkamah Majistret Tenom pada Februari lalu atas 11 pertuduhan gangguan seksual di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

“Tertuduh kali ini akan menjalani perbicaraan pada 27 hingga 30 September ini di mahkamah yang sama,” katanya dalam kenyataan  malam ini.

Pada 18 Februari lalu, Ebit  didakwa di mahkamah di Tenom dipercayai membabitkan 11 pertuduhan termasuk berkaitan gangguan seksual.- MalaysiaGazette