JAKARTA – Sebuah kapal kargo dengan 15 orang penumpang karam di Selat Makassar di tengah Indonesia semalam, menyebabkan 11 orang hilang.
Kapal itu dipukul ombak besar ketika belayar di perairan antara Kalimantan dan Sulawesi pada hari Isnin lalu.
Bagaimanapun, kemalangan itu diketahui oleh kapal penumpang yang membantu mangsa pada hari Jumaat.
“Hari ini (Sabtu) kami menjalankan operasi mencari dan menyelamat untuk mencari 11 orang yang hilang,” katanya pegawai pejabat operasi dan menyelamat kepada Xinhu.
Empat orang terselamat dalam kemalangan itu kerana mereka menggunakan bot penyelamat dan dibantu oleh sebuah feri, kata Dendy Prasetyo.
Kapal kargo yang membawa simen itu berlepas dari pelabuhan di Kalimantan Selatan dan menuju ke pelabuhan di wilayah Sulawesi Selatan. – Xinhua