Khairil Nizam Khirudin
Khairil Nizam Khirudin

KUALA LUMPUR – Mimpi ngeri selama 22 bulan Pakatan Harapan (PH) mentadbir pasti menjadi pengajaran bermakna untuk rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Penerangan Pas, Khairil Nizam Khirudin berkata, peristiwa itu juga juga menjadi pedoman untuk generasi Undi18.

“Kerajaan PH ternyata adalah sebuah kekesalan dalam episod sejarah politik tanah air apabila mereka memerintah dalam keadaan menipu rakyat, tidak bersedia, berpecah belah dan jatuh menjatuhkan antara satu sama lain.

“Lebih malang lagi apabila PH dalam keadaan yang kucar-kacir serta hilang fokus ketika mentadbir mereka cuba merobek prinsip-prinsip tunjang dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara yang menjadi asas kepada jati diri negara dan rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau menambah, Perikatan Nasional (PN) lahir dalam keadaan yang luar biasa sebagai wadah alternatif kepada PH yang terbukti gagal sepanjang 22 bulan mereka mentadbir negara.

Khairil Nizam menegaskan, Pas akan memastikan semua jentera parti memberikan fokus 100 peratus bagi menghadapi PRU-15 agar PH tidak lagi kembali berkuasa di Putrajaya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, Pas menyokong penuh gagasan PN dalam Konvensyen PN 2022 semalam iaitu ‘Prihatin Rakyat dan Malaysia Sejahtera’ sebagai tawaran baharu kepada para pengundi menjelang PRU-15. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast