Nabila Huda

KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal, Nabila Huda berpendapat banyak lagi isu yang boleh diketengahkan daripada mendesak pembatalan konsert artis antarabangsa.

Menurut pelakon berusia 37 tahun itu, sepatutnya isu-isu berkaitan negara perlu lebih diberi perhatian berbanding sibuk menguruskan kehadiran artis antarabangsa ke Malaysia sehingga berniat mahu mengadakan protes.

“Kena batal konsert antarabangsa kalau tidak mahu protes? Sungguh? Banyak benda yang perlu diberi perhatian untuk negara kita, itu yang diberi perhatian. Tidak matang sungguh,” tulisnya di Twitter.

Sementara itu, Nabila turut mempersoalkan mengenai cakap-cakap mengatakan konsert antarabangsa boleh menyebabkan budaya hedonisme.

Sejak kebelakangan ini, ramai artis antarabangsa datang ke Malaysia untuk mengadakan konsert dan sambutan daripada peminat cukup luar biasa apabila tiket yang terjual turut memberangsangkan.

Namun begitu, ada sesetengah pihak dilihat kurang setuju dengan penganjuran konsert dari selebriti luar negara kerana dikatakan boleh merosakan akidah umat Islam melihat daripada penampilan mereka.

Beberapa pihak turut bercadang mahu mengadakan protes serta himpunan membantah kehadiran selebriti antarabangsa seperti kumpulan Blackpink dari Korea Selatan.

Selepas, beberapa artis luar dijangka datang ke Malaysia untuk mengadakan konsert seperti Justin Bieber, Blackpink, dan deretan artis dari Indonesia. – MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast