najmil faiz mohamed aris
Najmil Faiz Mohamed Aris

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggu UMNO malam tadi berjalan dengan baik dan tiada pun pergolakan dalam UMNO.

Malah, dalam kalangan para pemimpin UMNO juga baik-baik, kata Exco Pemuda Malaysia, Najmil Faiz Mohamed Aris.

Menurutnya, UMNO dalam tenang sahaja, justeru tak usah percaya cerita-cerita yang disampaikan oleh pihak “opportunis”.

Mereka ini sengaja mahukan UMNO berpecah.

Tambahnya, pembangkang tepuk tangan bila UMNO bergaduh.

Oleh itu, tak perlu beri mereka peluru untuk tembak UMNO.

Beliau turut meminta akar umbi UMNO juga perlu rasional dan terus bersatu kerana semua pihak ada peranan penting untuk memperkukuhkan parti sebelum PRU-15.

”Rapatkan ukhuwah antara kita. InsyaAllah kita mampu yakinkan rakyat bahawa UMNO adalah parti yang terbaik untuk negara ini. Semoga Allah SWT lindungi UMNO,” ujar beliau. – MalaysiaGazette