KUALA LUMPUR – Semasa Pakatan Harapan (PH) berkuasa, habis ketua kampung kena tukar, malah ahli majlis pun diganti baharu.
Begitu juga DAP yang berkuasa di Pulau Pinang, semua pengerusi masjid dan surau kena tukar.
Tiada siapa yang mempertikaikan, kata Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, menjadi seorang pemimpin perlu realistik, bukannya berlakon menjadi idealistik.
Oleh sebab itu, apabila Barisan Nasional berkuasa, memang wajar diganti lain.
Mana boleh dikekalkan, ujarnya.
Maka pertukaran ketua hakim dan peguam negara yang dipilih oleh lawan bukan kerja hodoh.
Tetapi jika mereka itu dikekalkan memang hodoh.
Tindakan itu, ujarnya, idealis tidak bertempat. – MalaysiaGazette