Shuib (tengah) bersama Ajak dan Suraya (kiri).

KUALA LUMPUR – Pelawak, Shuib dipilih menjadi penyampai radio baharu Suria FM dan bakal berganding dengan Ajak dan Suraya menerusi segmen Team Pagi Suria yang turut diberikan penjenamaan baharu sebagai Morning Morning  Suria.

Shuib, 38, atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad dipilih bagi menggantikan tempat penyampai, Fizi Ali yang berhijrah ke stesen Hot FM.

Menerusi pengumuman itu Shuib tampil membawa sebuah motosikal sebagai hadiah utama cabutan bertuah sekali gus diumumkan sebagai penyampai baharu.

Sebelum ini, Shuib pernah menjadi penyampai radio di stesen radio Hot FM selama dua tahun sebelum mengundur diri pada Januari tahun lalu.

Sementara itu, Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin berkata, jelajah stesen radio itu dihadiri lebih 12,000 pengunjung semalam yang mana ia adalah penampilan pertama Suria FM di Lembah Klang, selepas dua tahun tidak turun padang bertemu peminat disebabkan pandemik Covid-19.

Siri jelajah itu menyaksikan persembahan lebih 18 artis popular, Dayang Nurfaizah, Imsoniacks, Amir Uk’s, Nuha Bahrin, Naufal Azrin, Muss, Floor 88, Wany Hasrita, Haqiem Rusli, Iman Troye, Amir Masdi.

Jelajah itu memasuki siri terakhir hari ini selepas menjelajahi beberapa negeri seperti Kuantan, Pahang Alor Setar, Kedah, Johor Bahru, Johor bermula awal bulan ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast