ACCRA – Seorang lelaki maut selepas diterkam seekor singa selepas dia memanjat ke dalam kandang haiwan itu di sini.
Mangsa meninggal dunia akibat cedera parah.
Pihak berkuasa hidupan liar mengesyaki dia mungkin merancang untuk mencuri dua anak singa putih yang jarang ditemui selepas ia menjadi tarikan besar sejak kelahiran mereka November lalu.
Mayat mangsa telah dikeluarkan dari zoo.
Polis telah membuka siasatan untuk mengenal pasti motif penceroboh dan keadaan sekitar serangan itu.
Seekor singa, singa betina dan dua anak putih berada di dalam kandang ketika kejadian itu berlaku.
Kelahiran dua anak singa itu pada tahun lepas telah menarik ramai pengunjung.
“Singa-singa yang mempunyai anak, jika didekati anda, mereka mungkin merasakan anda cuba mengambil bayi mereka,” kata Timbalan Menteri Tanah dan Sumber Asli Benito Owusu Bio kepada wartawan.
Oleh itu, beliau meminta orang ramai berhenti daripada melakukan perkara seperti itu.
Penceroboh itu memanjat pagar 10 kaki sebelum memanjat satu lagi pagar 20 kaki untuk memasuki kandang singa. – BBC