puad terengganu dalang meroyan fatwa haram
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Cabaran Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad menyamannya selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menjawab beliau tidak ada isteri bernama Zainab Mohd Salleh semata-mata untuk menjaga air mukanya.

Sepatutnya Rafizi Ramli yang menyaman Abdul Latiff kerana tipu status perkahwinannya atau buat laporan polis kerana ia adalah hobi Rafizi, kata Datuk Mohd Puad Zakarshi secara sini.

Tambahnya, mustahil Rafizi Ramli tidak boleh curi sijil nikah Abdul Latiff dengan wanita bernama Zainab Mohd Salleh.

Ini kerana, dakwa Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu, Rafizi ‘pakar curi maklumat’ sebab itu beliau bersalah kerana isu Bafia (Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989).

Bahkan beliau mempersoalkan kenapa Rafizi perlu mengaitkan penafian Abdul Latiff itu sebagai taktik biasa dan amalan orang UMNO dan bekas UMNO.

”Kenapa kaitkan dengan UMNO?,” soalnya.

Sedangkan, Mohd Puad berkata, sebenarnya penafian adalah amalan pemimpin PKR.

“Mahaguru PKR, Anwar Ibrahim keluar petua, jika buat salah jangan mengaku. “Nafi je”. Jangan mengaku. Dr Latiff belajar ilmu Anwar.

”Kalau orang suruh buat DNA (data asid deoksiribonukleik), jangan buat DNA. Tiada paksaan dalam DNA. Kalau ada video, jawab video itu kabur. Itu bukan dia walaupun memang dia.

”Sumpah laknat mubahalah lagi mereka takut.

”Sebab itu Anwar dalam bab peribadi tidak berani saman. Takut lagi banyak rahsia terbongkar. Samalah Azmin Ali. Haziq akui kejadian itu berlaku. Itu budaya orang PKR,” katanya. – MalaysiaGazette