Pihak pendakwaan hari ini menarik balik surat yang dihantar kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah agar mengutamakan perbicaraan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melebihi kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob yang turut menganggotai pasukan pendakwaan kes berkenaan memberitahu Mahkamah Tinggi, beliau menarik balik surat yang dihantar semalam.