Najib Pas
Najib Razak bersama Abdul Hadi Awang ketika menghadiri Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 4 Disember 2016.

KUALA LUMPUR – Pemimpin dan ahli Pas tidak sepatutnya berseronok atas musibah yang menimpa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali mengingatkan bahawa banyak jasa yang ditinggalkan oleh Najib terhadap Pas dan pemimpin-pemimpinnya.

“Saya rasa sahabat-sahabat saya dalam Pas perlu diperingatkan dengan jasa Najib memudahkan peruntukan untuk Kelantan sebelum 2018, sesuatu yang tidak berlaku di era Perdana Menteri sebelumnya.

“Jasa Najib juga menggerakkan rang undang-undang (RUU) 355 yang dibentang oleh Tuan Guru Presiden di Parlimen.

“Jasa Najib memberi ruang kepada Pas beraksi dalam program besar peringkat dunia melibatkan 200 orang ulama besar dunia di Festival MyAqsa di Putrajaya sehingga Presiden boleh memberi ucaptama,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.

khairuddin aman razali
Mohd Khairuddin Aman Razali

Beliau yang juga bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas menambah, di Terengganu, laluan diberikan oleh kerajaan UMNO di negeri itu dengan arahan Najib untuk Pas menganjurkan program-program besar termasuk Himpunan Fastaqim di Tok Jembal pada September 2017 yang menghimpunkan 300,000 ahli Pas dari seluruh negara..

Mohd. Khairuddin berkata, ketika beberapa pemimpin Pas secara peribadi menghadapi masalah kesihatan, Najib juga secara peribadi membantu atas nama pemimpin negara.

“Saya melihat masih ada dalam Pas yang berseronok atas musibah Najib walaupun Mursyidul Am telah memberi garis panduan kepada ahli dalam isu mahkamah Najib,” jelasnya.

Beliau membangkitkan perkara itu agar semua pemimpin dan ahli Pas belajar erti bersimpati terhadap mereka yang diuji dengan musibah khususnya mereka yang ada sedikit kebaikan seperti ajaran al-Quran yang bermaksud ‘jangan kamu lupakan kebaikan sesama kamu’. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Saya melihat masih ada dalam Pas yang berseronok atas musibah Najib …

    .tanya balik KHAIRUDIN ni siapa yang pertama KE RUMAH ANWARLIWAT sejurus ANWARFIKUN diheret dan dipecat atas TUDUHAN LIWAT….apakah lupa PRESIDEN PAS YG DTG MINTA dengan saksi 2 sebgaimana tuduhan zina dan menulis buku TAKZIR
    BERSAMA2 RAKYAT DALAM SIRI2 REFORMASI BATANG TUBUH ANWARFIKUN…kHAIRUDIN.TERMAKAN fitnah rm90juta/rm1.4 juta…apa khairudin lupa ramai penjawat awam era tun mahathir dan najib ditukar pendalaman/tahan kenaikan pangkat dinafikan prestasi kerja jika BERADA dalam PENTAS PAS..logo PETRONAS pun terpaksa tukar kerana mirip LOGO PAS APAKAH KHAIRUDIN SETUJU DENGAN AMALAN RASUAH KRONI NEPOTISME MANA2 PIMPINAN SELAMA INI

Comments are closed.