Wan Ahmad Fayhsal ADUN Ijok gimik politik puad zarkashi MPN demokrasi UMNO nor salwani Kerajaan Perpaduan Kit Siang Rafizi ringgit SPRM
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendesak Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun agar meletak jawatan selepas kebocoran surat yang melibatkan kes Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Mohd Puad berkata, jika surat itu sah, ia bermakna terdapat campur tangan terhadap urusan mahkamah.

“Bocor lagi. Terbaru surat Jabatan Peguam Negara kepada Hakim Collin Lawrence Sequerah.

“Kalau ia sahih ia menggemparkan.

“Justeru, Peguam Negara bukan lagi wajib diganti tetapi wajib letak jawatan.

“Serta merta,” tulisnya.

Beliau berkata, surat itu membuktikan wujud ketirisan dan ia menjadi bukti wujud konspirasi, dendam dan berniat jahat.

“Mana tidaknya, setelah (Datuk Seri Najib Tun Razak) Najib berjaya dipenjara, kini minta pula utamakan kes (Ahmad) Zahid.

“Apakah supaya (Ahmad) Zahid segera masuk penjara?,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Mohd Puad turut menggesa Peguam Negara agar segera tampil menafikan perkara itu jika mendapati ia surat palsu dan harus bertindak.

“Selamatkan sistem keadilan negara,” ujarnya.

Ahmad Zahid sedang berdepan dengan 47 pertuduhan membabitkan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram milik Yayasan Akalbudi. – MalaysiaGazette