JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah bahawa baginda tidak pernah mengeluarkan kenyataan ‘Kerajaan Umno perlu berhenti memperdaya rakyat Malaysia dengan segala alasan dan tipu helah’ di laman media sosial
Menurut laman Facebook The royal Johor,kenyataan , ia adalah satu kenyataan palsu yang disebarkan secara berterusan oleh pihak tidak bertanggungjawab di dalam pelbagai aplikasi media sosial.
“Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) sebelum ini sudah membuat laporan polis berhubung penyebaran kenyataan palsu ini,” katanya.
Tambahnya, Sultan Johor bertitah bahawa segala kenyataan atau laporan berita berkaitan dengan baginda ataupun Keluarga DiRaja Johor hanya akan dikeluarkan oleh Royal Press Office.