Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR – Datuk Zaid Ibrahim terkejut dengan tindakan  Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Malik Ayob memohon Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah memberi keutamaan perbicaraan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melebihi kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), tindakan meminta seorang hakim untuk memberi keutamaan kepada kes tertentu boleh dianggap sebagai menghina mahkamah.

Zaid berkata, permintaan seperti itu juga agak membimbangkan kerana jelas terdapat campur tangan politik dalam badan kehakiman.

“Surat itu telah di tarik balik bukan kerana yang memohon (Timbalan Pendakwa Raya) rasa bersalah, sebaliknya perkara itu telah menimbulkan pelbagai reaksi selepas tular dalam laman sosial semalam.

“Menurut surat itu juga, Timbalan Pendakwa Raya telah diberikan arahan untuk meminta hakim memberi keutamaan kepada kes Ahmad Zahid berbanding kes Najib Razak 1MDB, ini bermakna yang memberi arahan itu adalah Peguam Negara.

“Kini Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat perlu meminta Peguam Negara memberikan penjelasan dan sebab mengapa beliau tidak berdepan dengan prosiding menghina mahkamah kerana surat ini,” katanya seperti dipetik portal FMT, hari ini.

Dalam surat ditandatangani Abdul Malik bertarikh 29 Ogos yang tular semalam itu memohon Collin untuk memberi keutamaan kepada kes yang membabitkan Ahmad Zahid berbanding perbicaraan kes 1MDB yang mana kedua-dua kes tersebut dikendalikan oleh hakim itu.

Katanya, perbuatan untuk menentukan aturan perbicaraan kes mahkamah adalah salah dan tidak boleh diterima.

“Permintaan itu membuktikan adanya campur tangan politik. Pihak pendakwaan jelas kelihatan mahu mempercepat kes Presiden UMNO itu berbanding perbicaraan 1MDB bekas Perdana Menteri, Najib Razak.

“Peguam Negara perlu segera menjelaskan penglibatannya dalam permintaan itu dan sebab di sebaliknya,” ujarnyanya.

Pendakwa tarik balik surat beri keutamaan kes Ahmad Zahid

Sementara itu, Zaid menggesa Presiden Majlis Peguam Malaysia, Karen Cheah menyatakan pendirian majlis tersebut.

“Presiden Badan Peguam agak pantas dalam menyerang saya dan sekerja saya kononnya kami telah melakukan penyalahgunaan proses di pihak kami dalam rayuan SRC International Najib Razak di Mahkamah Persekutuan.

“Sekaranglah tepat untuk beliau buktikan kebenaran. Saya juga mohon Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tampil mengutuk campur tangan eksekutif dalam badan kehakiman,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. BARuah Council tu keldai DAP…tak kan bersuara laaaa…sama mcm kes Tommy Thomas gugurkan dakwaan rasuah Lim Guan Eng…senyap sepi mcm berhala…lagi ada hati nak cakap isu profesionalisme…shame on you lah…ni lah standard badan peguam Malaysia…low class

Comments are closed.