Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli bagi menyempurnakan majlis Perasmian Pembukaan Temasya Sukan Malaysia (Sukma) XX MSN 2022 yang dijadualkan pada 17 September ini.

Baginda bertitah berhubung perkara itu semasa sesi menghadap dan mempersembahkan warkah persilaan di Istana Negara, semalam, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Al-Sultan Abdullah turut berkenan mendengar taklimat ringkas mengenai perjalanan Sukma 2022 yang berlangsung pada 16 sehingga 24 September ini.

Temasya Sukma bakal mempertandingkan 31 jenis sukan dengan membabitkan penganjuran 426 acara.

Sukma 2022 yang dianjurkan Majlis Sukan Negara (MSN) menyaksikan beberapa acara bakal dipertandingkan di beberapa lokasi pilihan termasuk sekitar Lembah
Klang, Nilai dan Langkawi.

Seramai hampir 9,000 atlet dan pegawai daripada 15 kontinjen yang bertanding telah mengesahkan penyertaan untuk temasya kali ini. – MalaysiaGazette