Lokman Noor Adam

KUALA LUMPUR – Datuk Lokman Noor Adam akan dituduh di Mahkamah Sesyen pagi esok berhubung menghina kerajaan dan Perdana Menteri melalui akaun Facebooknya.

Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman akan membuat dua pertuduhan penghantaran video berniat jahat dan kenyataan menghina kerajaan dan perdana menteri melalui akaun Facebook Lokman Noor Adam Official.

Beliau akan menghadapi kedua-dua pertuduhan di bawah Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia pada jam 9.30 pagi esok. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast