AirAsia
AirAsia

KUALA LUMPUR – AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL) bakal kembali beroperasi di Terminal 4 (T4) Lapangan Terbang Changi mulai 15 September 2022.

Semua penerbangan AirAsia yang dikendalikan oleh AirAsia Malaysia, AirAsia Thailand , AirAsia Indonesia dan AirAsia Filipina akan tiba dan berlepas dari Terminal 4. Jadual penerbangan dan waktu perlepasan serta ketibaan tidak akan terjejas oleh perpindahan tersebut.

Para penumpang akan dimaklumkan mengenai perubahan ini melalui e-mel dan SMS serta akan menerima maklumat penerbangan baharu melalui e-mel yang berdaftar.

AirAsia berkata, para penumpang juga disarankan untuk mengemas kini butiran untuk dihubungi bagi memastikan mereka menerima sebarang kemas kini terhadap penerbangan mereka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast